Tuesday, 16 August 2011

PAS TAK MUNGKIN "RUJUK" DENGAN UMNO KEMBALI ?


Kebelakangan ini sering saja isu Umno bergabung bersama Pas dicetuskan bagi memancing simpati rakyat untuk menunjukkan bahawa Umno mempunyai niat yang baik terhadap Pas lalu dengan usaha gabungan ini menampakan usaha untuk menyatukan orang Melayu seumpama niat murni seawal penubuhan Umno sebelum merdeka dulu agar perkara ini mendapat simpati dari rakyat saluran 1.

Pas tidak mungkin bergabung bersama Umno! Ini adalah kenyataan yang perlu ditelan oleh Umno sendiri biarpun perkara ini menjadi jadam kepada kaum Melayu. 


Mengapa Pas tidak mahu bergabung dengan Umno? 

Banyak alasan. Banyak sebab yang boleh disenaraikan untuk Pas tidak bergabung bersama Umno kerana cukuplah Umno selama hampir 58 tahun melukakan hati kaum Melayu malah hak dan kepentingan agama sama sekali tidak menjadi agenda utama dalam membangunkan kaum Melayu yang terang-terang menyatakan bahawa :

Orang Melayu adalah mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu , mengamalkan adat-resam budaya Melayu dan beragama Islam.


Ini bermakna , tidak akan jadi Melayu jika salah satu dari ketiga-tiga diatas tidak diamalkan oleh seseorang jika kita ingin melihat Melayu itu secara mikro. Namun jika dilihat secara makro memang rata-rata orang Melayu tetap Melayu selagi ianya tidak memohon untuk menukarkan agama mereka.

Yang ingin dinyatakan disini , apakah cukup hanya dengan beragama Islam sahaja telah memadai untuk Melayu itu berakuan menjadi Islam?


Apakah cukup dengan mendirikan masjid bermaksud bahawa pemerintah telah menjadikan Islam itu sebagai satu mercu tanda bahawa pemerintah telah menjaga kebajikan Melayu itu mengikut manifesto kehendak Islam?
Apakah dengan membiarkan aurad di dedahkan di khalayak ramai oleh mereka yang ingin memimpin Melayu ke arah Islam itu sebagai satu penghormatan kepada kaum Melayu?
Umno telah menghanyutkan Melayu menjadi jauh dari sewajarnya maka kaum Melayu seharusnya memilih untuk mendahulukan agama mengatasi bangsa terlebih dahulu sekiranya kaum Melayu ingin melihat perubahan besar kepada Melayu.



Berita Menarik Penaga Daily