PUZ Pulau Pinang melalui Pegawai Penyelaras Kadun Hj Rosidi Hussain ( PPK Penaga ) telah menyampaikan zakat dan bantuan anak yatim pada 13hb Ogos yang lalu bertempat di Pusat Khidmat PPK Penaga sendiri di Permatang Bendahari.
Majlis tersebut yang mendapat sambutan dengan kunjungan masyarakat setempat membuktikan bahawa rakyat Penaga benar-benar mengharapkan agar program seperti ini diteruskan bagi meringankan beban rakyat dan masyarakat Penaga.
Dalam majlis tersebut PPK Penaga telah menyalurkan bantuan zakat dan sumbangan anak yatim kepada hampir 100 orang penerima.