Monday, 8 August 2011

237 Pengundi diragui wujud di Pulau Pinang?

Jabatan Pilihanraya Negeri (JPN) PAS Pulau Pinang melalui Exco Pemuda Negeri menemui 237 pengundi yang diragui status maklumat dalam SPR. Pertemuan yang di dedahkan dalam mesyuarat Pilihanraya yang diadakan semalam menunjukan bahawa sistem maklumat SPR masih dalam keadaan yang membimbangkan.
Pengarah IT JPN mendedahkan hasil kajian maklumat melalui sistem PAS negeri menunjuk terdapat pemilih yang mempunyai data dan maklumat yang meragukan kerana terdapat nombor kad pengenalan yang hampir sama dengan nama pemilih tetapi mempunyai lebih dari satu tempat mengundi.

Contoh kecurigaan maklumat yang didedahkan oleh IT JPN Pulau Pinang
" Kes sebegini boleh diklifikasikan sebagai pemilih yang bakal menjadi pengundi hantu " ujar Pengarah IT Negeri yang memohon JPN mendedahkan masalah ini kepada pihak yang berwajib.

Melalui bantahan yang dibuka oleh SPR baru-baru ini hanya membabitkan bantahan terhadap Daftar Pemilih Tempatan suku ke-2 sahaja sedangkan bantahan terhadap DPI ( Daftar Pemilih Induk ) tidak dilayan oleh SPR.

Pengarah JPN Pas Pulau Pinang memandang perkara yang wujud ini adalah merupakan satu bentuk kesilapan yang perlu di maklumkan kepada SPR sebagai langkah membantu SPR membaiki sistem maklumat data pemilih.

Satu sidang media bakal dibuat oleh JPN Pas Pulau Pinang berkaitan isu ini namun tarikh dan tempat belum dimaklumkan. 

" InsyaAllah setelah saya berbincang dengan Setiausaha JPN nanti kita akan maklumkan tarikh sidang media tersebut kerana jadual JPN sekarang ini cukup padat dan kita minta jasa baik Setiausaha JPN untuk segerakan perkara ini " ujar Pengarah JPN Pas Pulau Pinang sambil mengakhiri pertemuan malam tadi.

Berita Menarik Penaga Daily