Kelihatan seorang bayi dipangku erat dalam pelukan Ketua Menteri Pulau Pinang baru-baru ini di Majlis Sumbangan Fakir Miskin di Balik Pulau. Selesai majlis ini Ketua Menteri juga sempat menjamah juadah berbuka bersama-sama masyarakat perlbagai kaum yang turut hadir di majlis tersebut.
Umno Pulau Pinang yang sedang nazak setelah mengalami kekalahan majoriti pada PRU ke-12 yang lalu merasakan bahawa sikap Ketua Menteri Pulau Pinang yang sering turun ke padang menjenguk rakyat adalah satu sendiwara politik semata-mata kerana pada waktu kekuasan Umno di Pulau Pinang mereka (UMNO) tidak mampu melakukan tugasan seperti Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng yang sentiasa mendahulukan kepentingan kebajikan rakyat Pulau Pinang dalam perlbagai keperluan demi keharmonian masyarakat setempat.