Thursday 23 June 2011

ZULKIFLI ISHAK BAKAL KEKAL KETUA PENERANGAN PAS NEGERI ?

SEBERANG JAYA - Desas-desus terkini yang baru diterima oleh wakil Penaga Daily ada yang menyampaikan bahawa Zulkifli Ishak bekas Ketua Penerangan Pas Negeri bagi sesi yang lalu dikatakan bakal dipilih kembali untuk menerajui Penerangan Pas Negeri oleh Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang YB Ust Salleh Man.

Zulkifli Ishak pengerak Karnival Penang Harmoni

Antara sebab yang membolehkan jawatan ini dikekalkan kepada saudara Zulkifli Ishak adalah kerana beliau dikatakan seorang yang beridealisma dan mempunyai komitmen yang baik untuk menjadi benteng sebagai perisai untuk menghadapi PRU ke-13.

Selama beliau ( Zukifli Ishak ) menjawat jawatan Ketua Penerangan Pas Negeri bagi sesi yang lalu terdapat banyak acara dan program yang telah dilaksanakan beliau dan sehingga kini program-program itu menjadi satu rutinitas kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 

Karnival Penang Harmoni adalah sebuah program yang berjaya menambat hati rakyat Pulau Pinang malah ianya masih diteruskan untuk tahun yang kedua sebagai satu kesinambungan PAS Negeri dalam memberi penerangan ke akar umbi. Kejayaan yang digarap dalam program ini telah menjulang nama Zulkifli Ishak sebagai seorang yang tepat untuk terus memegang Ketua Penerangan Pas Negeri.



Karnival Penang Harmoni ini juga akan menemui rakyat dan warga Sungai Dua apabila ianya dirancang akan diadakan di Simpang Empat Permatang Buluh pada 24 Julai nanti. Orang ramai khususnya rakyat Pulau Pinang adalah dijemput hadir bagi menjayakan program tersebut yang bakal diisi dengan acara sukan rakyat dan ceramah umum.

Berita Menarik Penaga Daily