Saturday 18 June 2011

PEGAWAI PENYELARAS DUN PENAGA Hj Rosidi Hussain hulurkan bantuan kebajikan kepada 2 oku.

PENAGA -
Pegawai Penyelaras DUN Penaga , Hj Rosidi bin Hussain dengan kerjasama JKKK setempat iaitu bersama Pengerusi JKKK Lahar Kepar En Ahmad Kamil bin Ahmad dan seorang lagi Pengerusi JKKK Penaga En Hussain bin Mat Isa telah bersama-sama di dalam satu program ringkas menghulurkan bantuan kerusi roda kepada 2 warga OKU di kawasan JKKK masing-masing.

Dalam program ringkas yang diadakan di rumah penerima kerusi roda tersebut ,Hj Rosidi Hussain telah menyampaikan secara terus kepada kedua-dua OKU dengan disaksikan oleh keluarga masing-masing.Pihak keluarga OKU yang menerima bantuan tersebut telah melahirkan rasa gembira dengan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Hj Rosidi Hussain yang mempunyai daya kebajikan yang tinggi kerana sudi memberi bantuan berupa kerusi roda yang sememangnya merupakan sesuatu yang sangat membantu kepada keluarga dan oku tersebut.

Zaharah Bt Mat Isa kelihatan gembira menerima kerusi roda dari Hj Rosidi Hussain di kediaman beliau di Lahar Kepar.
Hj Rosidi Hussain ketika ditemui oleh wakil Penaga Daily berkata sebagai Pegawai Penyelaras DUN beliau akan terus memastikan bahawa program-program kebajikan sebegini akan terus diberi keutamaan memandangkan kerja-kerja kebajikan adalah sesuatu yang sangat di anjurkan di dalam agama Islam.


Hj Rosidi Hussain sempat bertanya khabar kepada
          Mohd Hafizi Mansor yang turut menerima sumbangan kerusi roda di rumah beliau di Penaga baru-baru ini.

Berita Menarik Penaga Daily