Wednesday 22 June 2011

SIAPA BAKAL TPJ PAS PULAU PINANG?

Seberang Jaya - Nama-nama calon Timbalan Pesuruhjaya ( TPJ ) Pas Negeri Pulau Pinang mula mendapat pembahasan di markaz-markaz Pas negeri ini sebaik sahaja negeri-negeri lain telah mula mempamerkan Jawatankuasa Perhubungan masing-masing. 

Siapakah yang bakal dipilih Pesuruhjaya Pas Negeri bagi menerajui tiga jawatan penting sekaligus menjadi pembantu kepada Pesuruhjaya dan Pas Negeri bagi menghadapi PRU ke-13 nanti?

Antara nama-nama yang mendapat perhatian untuk memegang jawatan sebagai TPJ Negeri Pulau Pinang ialah :

1. Ust Fauzi - Bekas Bendahari dan jawatan sekarang ialah YDP Pas Kawasan Balik Pulau.
 
Ustaz Fauzi YDP Balik Pulau

2. Dr Mujahid Yusof Rawa - Bekas TPJ 1 dan jawatan sekarang ialah Ahli Parlimen Parit Buntar.

YB Dr Mujahid Yusof Rawa - Ahli Parlimen Parit Buntar


3. Ust Khalid Man - Bekas Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri ( JPN ) dan jawatan sekarang ialah YDP Tasek Gelugor.

Ustaz Khalid Man YDP Tasek Gelugor


4. Ust Ahmad Tajudin - Bekas AJK Perhubungan Negeri dan jawatan sekarang ialah YDP Pas Kawasan Batu Kawan & Ajk Pembangunan Masjid di bawah Majlis Agama Islam Pulau Pinang.


Ustaz Ahmad Tajudin YDP Batu Kawan

5. Bukhori Ghazali - Bekas AJK Perhubungan Negeri ( Ketua Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar ) dan jawatan sekarang ialah AJK Pembangunan Masjid dibawah Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Bukhori Ghazali




Berita Menarik Penaga Daily