Wednesday 29 June 2011

KELUARGA 31 AKTIVIS PSM YANG DIREMAN HADAPI DETIK CEMAS DIANCAM 300 PEMUDA UMNO.

KEPALA BATAS - Sudah jatuh ditimpa tangga , itulah kata-kata yang boleh diumpamakan kepada ahli keluarga kepada 31 aktivis PSM yang direman di IPD Kepala Batas apabila terpaksa berdepan dengan 300 Pemuda Umno di perkarangan IPD Kepala Batas malam tadi. 

Timbalan YDP Pas Kawasan Kepala Batas , Sdr. Mohd Khir yang banyak membantu.

Dalam rangka tujuan kedatangan untuk menjenguk nasib keluarga yang direman , mereka disambut oleh 300 Pemuda Umno yang datang secara berkumpulan berkemungkinan didalangi oleh  pihak tertentu telah menghalang keluarga aktivis PSM dengan kata-kata yang mengancam keselamatan keluarga 31 aktivis tersebut. 

Hasrat yang dibawa dari jauh bersama harapan akhirnya terkubur begitu saja apabila 30 ahli keluarga PSM ini diusir oleh pihak keselamatan agar tidak berkumpul didepan IPD Kepala Batas dengan sokongan bersama dari 300 Pemuda Umno yang berkelakuan umpama lebih sudu dari piring.


Turut hadir bersama keluarga 31 aktivis itu ialah Setiausaha Agung PSM sendiri iaitu S. Arutchelvan bersama Bendahari Kehormat PSM , A. Sivarajan. 

Kelihatan YDP Pas Kawasan Kepala Batas , Hj Rosidi menyerahkan sumbangan kepada Setiausaha Agung PSM.

Antara yang turut dikatakan berada dalam rombongan itu ialah keluarga kepada YB Dr. Jayakumar yang berhasrat mahu menyampai bekalan ubat sakit jantung menerusi pertemuan petang tadi juga menerima nasib yang sama apabila tidak diberi izin untuk berbuat demikian walaupun ahli keluaga sangat bersimpati dengan nasib beliau.  

Ahli keluarga Dr Jayakumar yang tidak mahu namanya disiarkan kelihatan hanya mampu menahan linangan airmata kekecewaan apabila diarah untuk bersurai. 

Sebahagian dari keluarga terbabit seramai 11 orang telah diberi bantuan oleh Pas Negeri melaui Pas Kawasan Kepala Batas yang diketuai oleh Timbalan YDP Pas Kawasan iaitu saudara Mohd Khir untuk menginap di Markaz Pas Negeri Pongsu Seribu. Sementara sebahagian yang lain pula memilih untuk menginap di Pulau Pinang.

Pas Kawasan Kepala Batas , melalui YDP mereka iaitu Hj Rosidi Hussain turut memberi sumbangan wang tunai sebagai sokongan moral kepada perjuangan keluarga aktivis tersebut. Sumbangan diterima oleh Setiausaha Agung PSM iaitu S. Aritchelvan di Markaz Pas Negeri Pongsu Seribu.

Tutur hadir wartawan Malaysia Kini yang menemu bual Hj Rosidi.
Hj Rosidi yang dihubungi melalui telefon memberitahu bahawa hanya bantuan seperti inilah yang mampu diberikan dan berharap ahli keluarga kepada 31 aktivis tabah menghadapi perkara ini.


Berita Menarik Penaga Daily