Sunday 19 June 2011

ANAK QARYAH PENAGA AKUR KEPUTUSAN MAJLIS AGAMA ISLAM PULAU PINANG TANGGUH MESYUARAT AGUNG MASJID / KARIAH.

PENAGA - 17 Jun 2011. Dalam rangka persiapan mesyuarat agung qaryah yang dijadualkan pada 18hb Jun ( Sabtu ) di beberapa buah masjid di Pulau Pinang akhirnya menjadi hambar dan pudar apabila berita penangguhan mesyuarat agung diumumkan sebelum solat Jumaat dilangsungkan. Berita penangguhan tersebut diterima oleh Pengerusi dan setiausaha masjid melalui panggilan telefon dari JAIPP dan surat rasmi tentang penangguhan itu akan menyusul kemudian.

Masjid Penaga

Dalam arahan dari Majlis Agama Islam Pulau Pinang diberitahukan juga bahawa Jawatankuasa yang ada sekarang hendaklah dikekalkan dan watikah perlantikan bagi menyambung jawatankuasa untuk tempoh setahun lagi turut akan disertakan dengan surat rasmi dari Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Penaga Daily yang bertemu dengan beberapa anak qaryah masjid diberitahu bahawa sememangnya anak-anak qaryah merasa kecewa namun mereka tetap akur dengan arahan Majlis Agama Islam Pulau Pinang kerana percaya bahawa setiap yang berlaku sudah pasti mengandungi hikmah yang tidak mampu dihuraikan oleh warga.

Anak Qaryah Penaga akur keputusan MAIPP menangguhkan mesyuarat agung kariah.


***RALAT : Pihak Sidang Redaksi memohon maaf atas kelewatan menyiarkan berita ini disebabkan terdapat masalah teknikal. 





Berita Menarik Penaga Daily