Tuesday 21 June 2011

JAWATANKUASA PERHUBUNGAN PAS NEGERI - YB UST. SALLEH MAN AMBIL LANGKAH BERHATI-HATI.

YB Ust Salleh Man - Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang
PONGSU SERIBU - Hampir semua negeri telah menyenaraikan Jawatankuasa Perhubungan PAS negeri masing-masing namun bagi Pulau Pinang , Pesuruhjaya Pas Negeri YB Ust Salleh Man masih belum mahu mengungkapkan senarai mereka yang dilantik beliau bagi memegang jawatan sebagai Jawatankuasa Perhubungan Negeri yang baru bagi sesi 2011-2013. Banyak pihak yang cuba membuat andaian dengan mengatakan bahawa senarai Jawatankuasa yang akan dilantik mengalami perubahan yang besar bagi persiapan menghadapi PRU yang ke-13 nanti. 


Gambar Arkib : YB Ust Salleh Man berkata sesuatu kepada bekas Ketua Penerangan PAS Negeri Sdr. Zulkifli Ishak.

Melalui sumber terdekat , dikatakan bahawa YB Ust Salleh Man mungkin akan membentangkan jawatankuasa terbaru itu dalam tempoh yang terdekat samada Rabu atau Khamis ini. Pesuruhjaya Pas Negeri Pulau Pinang YB Ust Salleh Man dikatakan adalah seorang yang mempunyai pengalaman yang luas sebagai seorang Pesuruhjaya dan beliau pasti menggunakan kelebihan beliau untuk menyusun Saf Perhubungan Negeri yang mantap dan mampu memperkasakan PAS bagi menghadapi PRU ke-13 nanti.

 YB  DR MUJAHID YUSOF RAWA BEKAS TPJ 1
UST TAKIYUDDIN BEKAS TPJ 2

UST ROSIDI HUSSAIN BEKAS TPJ 3


Berita Menarik Penaga Daily