Monday 27 June 2011

PELANCARAN FACEBOOK KETUA MENTERI PULAU PINANG DAPAT SAMBUTAN HANGAT DARI RAKYAT.

Tanjong Tokong ( Ahad ) - 17000 di Twitter dan 40000  pengikut di laman sosial Facebook serta blog. Itulah angka yang dicatatkan oleh laman sosial Facebook Ketua Menteri Pulau Pinang , YAB Tuan Lim Guang Eng yang dimaklumkan dalam majlis pelancaran laman sosial Facebook kepunyaan YAB Ketua Menteri itu petang tadi di Tanjong Tokong.

Ketua Menteri berucap dalam majlis pelancaran facebook beliau.

YAB Ketua Menteri Pulau Pinang ketika berucap didalam majlis itu berkata , beliau memohon maaf kerana merasakan bahawa masih ada beberapa kelemahan yang terdapat dalam laman sosial beliau namun beliau terharu dengan sokongan rakyat khususnya di Pulau Pinang yang sentiasa menyokong dan memberi semangat kepada beliau untuk meneruskan satu dasar yang berkonsepkan transperansi yang menjadi pegangan Pakatan Rakyat.

Antara yang hadir dalam majlis tersebut.

Dalam ucapan tersebut beliau turut menyentuh tentang beberapa kejayaan yang diperolehi oleh Kerajaan Pulau Pinang antaranya ialah menjadi negeri yang 2 tahun dilabelkan sebagai Pengurusan Kewangan Terbaik , penumpang dan pengguna Lapangan Terbang Bayan Lepas meninggkat sebanyak 25% , negeri yang mengamalkan pengurangan penggunaan beg plastik dan tiada stesen loji nuklear yang akan beroperasi di Pulau Pinang dengan penyataan bahawa Pulau Pinang mengharamkan pembinaan loji nuklear di negerinya.

Antara yang menyokong laman sosial Ketua Menteri Pulau Pinang

Sebagai satu bentuk kebajikan kepada rakyat khususnya di Pulau Pinang dalam ucapan beliau juga ada menyatakan bahawa Pusat Dialysis akan dibina di 2 tempat tumpuan iaitu di Seberang Jaya dan Balik Pulau yang hanya akan menggenakan bayaran sebanyak rm35.00 bagi setiap kali rawatan. 
Melayani kehendak peminat dan rakyat.

Beliau juga menyatakan bahawa program kebajikan kepada rakyat tidaklah berhenti disitu saja malah Kerajaan Pulau Pinang juga telah bersetuju untuk membina rumah mampu milik yang diharapkan dapat membantu rakyat memiliki rumah idaman mereka dengan harga yang dianggarkan antara rm 72500 hingga rm 220 000 yang akan dibina di Batu Kawan.

Diakhir ucapan , beliau mengucapkan terima kasih kepada rakyat Pulau Pinang khususnya yang hadir bersama-sama beliau dalam majlis pelancaran tersebut.

Berita Menarik Penaga Daily