Thursday 30 June 2011

KEPALA BATAS SASAR 2000 PENYOKONG KE PERHIMPUNAN BERSIH.

Hj Rosidi - Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri yang baru bagi sesi 2011-2013

PONGSU SERIBU ( Rabu ) -  Dalam rangka menghadapi Perhimpunan Aman Bersih pada 9 haribulan Julai ini , Pas Kawasan Kepala Batas semalam telah menganjurkan 'Solat Hajat dan Taklimat Bersih' yang dihadiri hampir 150 orang ahli untuk memberi kefahaman tentang tujuan sebenar tuntutan Perhimpunan Bersih yang bakal diadakan nanti. 

Antara ahli Pas Kepala Batas yang hadir dalam program semalam.

Solat hajat yang dilangsungkan selepas solat Isyak telah di imamkan oleh Al-Fadhil Ustaz Taufik yang juga merupakan Setiausaha dari Dewan Ulama Negeri dan kemudian program diteruskan mengikut tentatif yang telah disusun oleh Jawatankuasa Program. 

Ketua Penerangan Pas Kawasan Kepala Batas sedang memberi taklimat.


Dalam program itu juga turut memberi ucapan ialah Ketua Pemuda Pas Kawasan  kemudian diikuti oleh Ketua Muslimat Pas Kawasan dan ucapan Naib YDP beserta tayangan slide persediaan Bersih.Taklimat ' Perhimpunan ' telah disampaikan oleh Ketua Penerangan Pas Kawasan yang turut bersama-sama menjayakan program ini dan diakhiri dengan ucapan penutup oleh YDP Pas Kawasan iaitu Tuan Haji Rosidi bin Hussain. 


Sewaktu dalam ucapan penutup Hj Rosidi menyatakan bahawa Pas Kawasan Kepala Batas menyasarkan 2000 orang penyokong akan menyertai Perhimpunan Aman Bersih bagi membantu rakyat agar mendapat pilihanraya yang lebih adil pada PRU yang ke-13 nanti.


Berita Menarik Penaga Daily