Tuesday 28 June 2011

DR. MUJAHID YUSOF RAWA MUNGKIN BERI LALUAN KEPADA YANG LAIN ?

Parit Buntar - Dr Mujahid Yusor Rawa yang merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar yang baru dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas Pulau Pinang berkemungkinan mengundur diri dari jawatan yang telah diberikan dipercayai mahu menumpukan masa untuk kerja-kerja Pas Pusat dan Parlimen beliau.


Beliau yang sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 adalah merupakan seorang yang mempunyai komitmen yang tinggi dan sering dilihat sebagai perisai hadapan untuk beberapa program sidang akhbar bagi menjawab beberapa persoalan yang membabitkan Pas Negeri.

Dr. Mujahid Yusof Rawa pada muktamar baru-baru ini yang telah dilantik sebagai AJK PAS PUSAT berkata bahawa beliau percaya saf pimpinan negeri yang baru dilantik mempunyai kekuatan tersendiri untuk menjadi benteng pertahanan bagi Pas Negeri.

Susunan yang dibuat oleh Pesuruhjaya Pas Negeri melalui persetujuan perbincangan di dalam mesyuarat pembentukan Jawatankuasa semalam dipandang sebagai satu kelebihan kepada Pas Negeri kerana BPPN yang baru dibentuk terdiri dari gabungan ahli Pemuda dan Kawasan yang masing-masing mempunyai latar-belakang yang kuat sebagai satu batalion saf jawatankuasa bagi persedian menghadapi PRU ke-13 nanti.


Berita Menarik Penaga Daily