Thursday 23 June 2011

AL-FATIHAH - HJ ROSIDI UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM MOHD IZZUDIN DI PENAGA.

BERTAM ( Khamis ) - Pegawai Penyelaras DUN Penaga , Hj Rosidi bin Hussain mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Izuddin yang telah kembali ke rahimatullah pada awal pagi tadi di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani,Kedah.

Allahyarham yang meninggalkan seorang balu berusia sekitar tiga puluhan dan 6 orang anak dikatakan menghidapi penyakit Barah Hati sejak setahun yang lalu selepas ditukarkan dari Sabah ke Pulau Pinang. Balu yang sedang mengandungkan anak ke-7 dengan kandungan berusia 8 bulan menerima dengan tenang pemergian suami tercinta yang selama ini menjadi tulang belakang beliau dan anak-anak.

Allahyarham yang sebelum ini bekerja sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Kuala Muda adalah seorang pendidik yang berdedikasi dan amat mudah mesra dengan masyarakat setempat. Hj Rosidi yang diberitahu melalui telefon oleh Pegawai Pembantu Pusat Khidmat PPK terus bergegas dari Kepala Batas menziarahi keluarga Allahyarham dan menyampaikan sedikit sumbangan sebagai membantu untuk meringankan beban keluarga terbabit.

Hj Rosidi yang juga sempat bersama-sama jemaah yang lain bersolat jenazah di Masjid Penaga memberitahu bahawa beliau akan cuba membantu keluarga Allahyarham semampu mungkin bagi memastikan anak-anak Allahyarham mendapat pendidikan yang sempurna.

Jenazah Allahyarham Mohd Izuddin yang disemadikan di tanah perkuburan Masjid Penaga selepas waktu Zohor tadi turut diiringi oleh isteri dan keluarga beliau. Solat jenazah yang disempurnakan oleh Imam Masjid Penaga dihadiri kira-kira hampir 100 jemaah yang lain.

Untuk sebarang bantuan kepada keluarga Allahyarham bolehlah menghubungi Pembantu Khas Pegawai Penyelaras KADUN Sdr. Rosli B Hassan di talian 019 410 5990. 

Berita Menarik Penaga Daily