Thursday 23 June 2011

YAN LEK LAU , CHI NIN NIN , TAK YA BO NGOK !

BALIK PULAU - Ungkapan Yan Lek Lau , Chi Nin Nin , Tak Ya Bo Ngok diperolehi oleh penulis kira-kira 20 tahun yang lalu. Ungkapan yang mirip kepada sebuah teka-teki ini adalah sangat popular dikalangan masyarakat tempatan Balik Pulau dan sering dijadikan gurauan apabila tiba musim luruhnya raja buah.

Yan Lek Lau , Chi Nin Nin , Tak Ya Bo Ngok

Durian atau juga digelar raja buah adalah sesuatu yang amat popular di Pulau Pinang. Apabila tiba musim durian , Balik Pulau menjadi tumpuan para pelancong samada dari dalam mahupun luar negara. Durian Balik Pulau telah mencipta nama sebagai durian paling laris di Pulau Pinang. Setiap musim durian pelancong dari Singapura berpusu-pusu datang merebut peluang untuk menjamah raja buah ini dari Balik Pulau. 
Apakah permintaan yang tinggi sebegini menjadikan harga raja buah ini menjadi mahal? Tidak sama sekali !
Keunikan durian Balik Pulau tidak hanya pada rasanya tetapi harganya pula terjangkau dan dapat digolongkan dalam harga yang murah apabila musim raja buah membanjir di daerah ini. Bagi mereka yang berkeluarga , anda dapat menjamah raja buah terus dari dusun dengan harga sekitar 20.00 ringgit bagi setiap orang. Di Balik Pulau terdapat banyak dusun yang menjual dengan cara begini. Inilah yang menjadikan durian Balik Pulau unik dari yang lain.

Suasana makan durian di Kebun Besar.

Bagi JKKK Pondok Upeh dan Koperasi Prihatin mereka menjadikan musim raja buah ini sebagai satu sumber ekonomi dengan menyediakan jualan durian di Kebun Besar dipinggir jalan yang terletak di Pondok Upeh. Bagi anda yang ingin mencari kepuasan untuk menjamah raja buah ini tidak salah untuk memilih Kebun Besar sebagai lokasi santapan seisi keluarga.


Bagi anda yang belum pernah ke Kebun Besar , anda boleh menelefon terlebih dahulu ke nombor 012 438 0873 atau 012 468 0127 untuk bertanyakan pedoman ke Kebun Besar.

Banner yang menandakan anda telah tiba ke Kebun Besar

Apa yang sinonim sehingga lahir gurauan dengan ungkapan Yan Lek Lau . Chi Nin Nin , Tak Ya Bo Ngok?

Sekitar 20 tahun yang lalu , bersama dengan ketawa kecil Pak Su Kamal memberitahu kepada penulis bahawa ungkapan itu membawa maksud :

DURIAN BALIK PULAU , ISI KUNING KUNING , TAK PERCAYA ? TEBOK TENGOK.

Musim durian di Balik Pulau dijangka berakhir apabila tibanya bulan Ramadhan atau pada awal bulan Ogos ini. Jadi jangan lewatkan masa anda untuk mencuba YAN LEK LAU , CHI NIN NIN.

Berita Menarik Penaga Daily