Friday 1 July 2011

POLIS DAN FRU BAKAR SEMANGAT 5000 PENYOKONG PRA-BERSIH DI PONGSU SERIBU.

Seberang Jaya ( 30 Julai ) - Biarpun mendapat halangan namun Himpunan Pra-Bersih 2.0 malam tadi diteruskan juga oleh 5000 penyokong yang mula membanjiri Markaz Pas Negeri di Pongsu Seribu sejak awal pukul 8.00 malam lagi. Himpunan yang bertujuan untuk memberi penerangan dan taklimat tentang gambaran Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 haribulan Julai ini mendapat kawalan dari pihak polis dan FRU yang memulakan tugas mereka bermula pukul 10.00 malam.

Pembakar semangat 5000 penyokong Pra-Bersih

Jalan-jalan masuk ke Markaz Pas Negeri telah dihalang dan ditutup oleh pihak polis mengakibatkan ramai penyokong Pra-Bersih tersadai di pinggir-pinggir jalan sambil menanti agar sekatan itu dibuka bagi membolehkan mereka ke perhimpunan tersebut. Namun sekatan itu hanya dibuka selepas program Pra-Bersih tamat sekitar pukul 11.30 malam.  

Antara 5000 penyokong yang hadir ke Pra-Bersih di Pongsu Seribu.

Jumlah anggota polis yang ditugaskan mengawal perhimpunan Pra-Bersih itu dianggarkan sekitar 150 orang termasuk anggota FRU sekitar 30 orang yang lengkap dengan peralatan pelerai demostrasi. Di lokasi asal Perhimpunan Pra-Bersih ini pula , pada jam 9.30 malam kelihatan hampir 50 orang anggota polis turut mengadakan kawalan ke jalan masuk Tapak Ekpo Seberang Jaya mengakibatkan jalan di pusingan Seberang Jaya mengalami kesesakan. 

Ceramah Pra-Bersih 2.0 di Pongsu Seribu tetap diteruskan oleh Yb Ong Win Chen, Adun Bukit Tengah bersama-sama 2 lagi penceramah lain iaitu saudara Azimudin ( Din Binjai ) dan Ketua Pemuda Pas Negeri Ustaz Yusni Mat Piah.
Sedikit insiden perang mulut turut berlaku pada awal kawalan anggota polis di depan pintu pagar masuk ke Markaz Pas Negeri ini namun perkara ini tidak berlarutan kerana penyokong-penyokong Pra-Bersih tidak termakan umpan yang cuba dijeratkan bagi memburukan keadaan.
Sikap profesional penyokong Pra-Bersih ini boleh dianggap bahawa mereka amat menghormati undang-undang dan benar-benar memahami hak mereka sebagai rakyat Malaysia.

Demi masa depan negara  dan pewaris tercinta , mereka curahkan perjuangan untuk diwariskan kepada generasi yang akan datang.

Kawalan anggota polis dan FRU yang wujud di Perhimpunan Pra-Bersih 2.0 di Pongsu Seribu malam tadi telah menjadi pembakar semangat kepada 5000 penyokong yang hadir untuk terus berjuang memohon pilihanraya yang adil pada 9 haribulan Julai ini di Kuala Lumpur.
Seorang penyokong himpunan malam tadi yang ditemu-bual memberitahu Penaga Daily dalam loghat Utara.

 "Semakin depa halang , semakin semangat kami. Perkara baik yang dituntut rakyat pasai apa  nak halang sampai macam ni. Kalau tak mau rakyat berhimpun buat Bersih , buatlah rundingan dengan jawatankuasa Bersih. Buat siaran langsung masa rundingan tu. Biaq kami tunggu depan TV ramai-ramai. Tanya depa apa rakyat nak! ".


Kata-kata penyokong ini mengambarkan bahawa rakyat benar-benar mahukan SUARA MEREKA DI DENGAR dan cadangan yang beliau berikan mungkin juga dapat menjadi jalan penyelesaian.

Berita Menarik Penaga Daily