Sunday 3 July 2011

TOK BATIN DERIH BERSEDIA KE PERHIMPUNAN BERSIH.

Kapcai Tok Batin Derih siap untuk menuju Perhimpunan Bersih 2.0

Tok Batin Derih dalam laman sosial Facebook miliknya telah memaklumkan bahawa beliau telah bersedia untuk ke perhimpunan Bersih pada 9hb Julai ini namun masih dpat memastikan berapa jamkah perjalanan beliau dari Temerloh menuju Jalan Tuanku Abdul Rahman berdekatan sogo.

Dalam laman tersebut juga Tok Batin Derih ada memberitahu bahawa beliau hanya ingin melihat dari jauh saja dimana tujuan sampingan beliau adalah untuk 'shopping' di Sogo iaitu sebuah hyper market yang terkenal di kawasan situ.

Antara yang dicatat Tok Batin Derih dalam facebooknya : 

NILAH MOTOR HONDACUP TOK BATIN NANTI UNTUK PERGI MENYOPING DI SOGGO PADA 9HB,JULY 2011 ,TAK TAHULAH PUKUL BERAPA SAMPAI DI KUALA LUMPUR KALAU DARI TEMERLOH,PAHANG TENTU ADA ROADBLOCK DI R&R LANCHANG..POLIS APCO SIAP MEMBUAT SARINGAN...POLIS SEKARANG RAJIN-RAJIN BELAKA MENJALANKAN TUGAS...

Semangat dan kesungguhan Tok Batin Derih untuk menuju Perhimpunan Bersih dilihat sebagai satu dorongan kepada yang lain untuk berbuat demikian demi menuntut pilihanraya yang lebih adil.

Berita Menarik Penaga Daily