Sunday 3 July 2011

SUKUN SEMAKIN PUPUS DI PULAU PINANG.


Pulau Pinang - Buah Sukun atau juga dikenali dengan nama Bread Fruit yang sering menjadi hidangan alternatif penganti roti di Amerika sedang mengalami kepupusan terutamanya di negeri ini. Pulau Aman pada 20 tahun yang lalu adalah sebuah lokasi yang banyak menyumbang pengeluaran buah Sukun ini kini juga merosot apabila banyak pohon Sukun mati dan tidak ditanam semula.

Ikuti kisah SUKUN yang kian pupus ini yang dipetik dari wikipedia :

Pokok Sukun atau kulur, nama saintifiknya Artocarpus altilis ialah tumbuhan dalam genus Artocarpus dalam famili Moraccea. Dalam famili ini terdapat juga pokok lain seperti pokok Nangka dan pokok Cempedak. Pokok sukun yang dipercayai berasal dari Polynesia kini banyak terdapat di kawasan tropika lain seperti di Malaysia, Sri Lanka dan Kepulauan Pasifik yang lain.


Di Malaysia, buah sukun terdiri dari dua variasi iaitu berbiji dan tanpa berbiji. Varieti berbiji biasanya terdapat di kawasan hutan. Manakala variasi yang biasa dimakan ialah dari jenis tanpa biji.

SUKUN yang digoreng.
Pokok sukun boleh mencapai ketinggian 85 kaki/26 meter. Kesemua bahagian pokok Sukun menghasilkan getah, yang boleh digunakan bagi menyalut bot. Pokok Sukun adalah pokok berjantina ("monoecious"), dengan bunga jantan dan betina tumbuh pada pokok yang sama. Bunga jantan mekar dahulu, diikuti tidak lama kemudian oleh bunga betina, yang kemudian tumbuh menjadi "capitulum", yang mampu mendebunga hanya tiga hari berikutnya. Pendebunga Dunia Lama adalah keluang dalam keluarga Pteropodidae. Bunga palsu, sebatiuan berkembang daripada ("perianth") yang membengkak dan berasal dari 1,500-2,000 bunga. Ini dapat dilihat pada kulit buah seperti cakera berbentuk hexagon.


Pokok Sukun merupakan sejenis tumbuhan yang tidak bermusim, namun ia mempunyai puncak pengeluarannya bunga dan buah utama sebanyak dua kali setahun. Musim bunganya ialah antara Februari hingga Mac dan antara Julai hingga Ogos. Manakala musim buahnya dituai di antara April hingga Jun dan di antara Oktober hingga November.

Buah Sukun

Pokok Sukun merupakan pokok makanan yang paling banyak hasilnya, dengan sebatang pokok mampu menghasilkan melebihi 200 buah semusim. Di Pasifik Selatan, pokok Sukun mampu menghasilkan antara 50 hingga 150 buah setahun. Di India selatan, pengeluaran buah adalah sekitar 150 hingga 200 biji setahun. Penghasilan bergantung antara kawasan kering dan lembab.

Di Caribbean, anggaran konservatif adalah 25 biji buah sepokok. Kajian di Barbados menunjukkan potensi agak baik bagi 6.7 hingga 13.4 tan setiap ekar (16-32 tan/ha). Buah Sukun sebesar sebiji bola sepak memiliki permukaan bergerutu, dan setiap buah terbagi kepada beberapa "achenes", yang dikelilingi perianth berisi dan tumbuh pada tangkai berisi. Sesetengah variati yang ditanam memiliki buah tanpa biji. Pokok Sukun berkait rapat dengan pokok Nangka.

Buah Sukun berbentuk bulat atau sedikit bujur mempunyai ukuran garis pusat di antara 10 hingga 30 cm. Pada kebiasaanya berat buah ialah antara 1-3 kg. Buah sukun selalunya dipetik sebelum mencapai peringkat ranum atau masak. Buah sukun jika dipetik pada peringkat terlalu matang akan menjadi cepat lembut. Sebaliknya pula, jika buah dipetik pada peringkat terlalu muda, ia akan mengeluarkan getah yang berlebihan apabila kulitnya dikupas dan mempunyai rasa kelat yang tidak diingini.

Buah sukun yang kaya dengan kandungan kanji boleh dijadikan bahan untuk menghasilkan pelbagai jenis hidangan. Antaranya ialah kepingan sukun goreng yang disalut dengan tepung, kerepek, bubur atau sukun rebus. Sukun juga boleh dijadikan hidangan sayur. Kepingan sukun boleh direbus dan dimakan dengan sambal kacang bersama sayuran lain. Sukun juga boleh dimasak lemak. Disamping itu pelbagai jenis kuih muih dan puding boleh disediakan dari tepung atau kanji daripada sukun.

 ...................................................................................................

*** DI PULAU PINANG NI MEMANG DAH LAMA DAH ORANG TAK NAMPAK SUKUN.



Berita Menarik Penaga Daily