Friday 1 July 2011

UMNO PULAU PINANG LUAH RASA TIDAK PUAS HATI MELALUI DEMONSTRASI JALANAN?

Prangin Road - Selepas saja Himpunan Pra Bersih semalam oleh Pakatan Rakyat di Pongsu Seribu , Umno Pulau Pinang juga mengikut jejak langkah yang dilabelkan "HARAM" oleh pemimpin Umno itu dengan turut membuat demonstrasi jalanan selepas solat Jumaat tengahari tadi yang bermula dari Masjid Lebuh Aceh menuju ke Komtar.

Demonstrasi yang tidak jelas tujuannya itu mendapat halangan dari pihak polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan ( FRU ) yang siap meyambut mereka di depan pintu masuk ke Pejabat Komtar. Namun beberapa aktivis demonstrasi ini mula bertindak kasar dengan Pasukan Polis Diraja Malaysia sehingga beberapa aktivis terpaksa diamankan dengan sedikit kekasaran.

Gambar Arkib : Ketua Menteri Pulau Pinang , YAB Tuan Lim Guan Eng Bersama Rakyat Dalam Satu Majlis di Kepala Batas. Kelihatan dari kiri ( berbaju merah ) Muhammad Firdaus turut gembira bila dipuji 'sedap' oleh Ketua Menteri.

Seorang pemerhati demonstrasi yang hanya mahu dikenali dengan nama Mahazan berkata : " Depa-depa ni semua mana ada pengalaman buat demo. Tengok tu , tengok tu , apa da dengan polis pun depa nak kasaq ka? ".

Kemudian beliau menambah : " Yang ni semua geng rosot punya hal , semalam depa hingaq dalam televesyen kata jangan buat demo jalanan tapi hari ni , depa lebih lagi dari yang hat duk ada. Puak-puak ni mau ambik periuk nasi kandaq pi cerekop atas kepala depa , baru ada akai ".

Penaga Daily yang pernah berada di kedua-dua demonstrasi juga melihat memang berbeza antara gaya dan sytle Umno Pulau Pinang berdemo. Dengan lilitan kain merah di kepala yang tertulis kalimah yang membawa maksud ' Tiada Tuhan Selain Allah ' mereka menjaja demonstrasi untuk memerangi Ketua Menteri Pulau Pinang dan disamping itu ada juga lilitan kepala yang menulis " ANAK KEPALA BATAS".

Tuntutan yang cuba diminta hanyalah tuntutan kecil yang hanya merupakan agenda politik Umno Pulau Pinang yang tidak sanggup menunggu PRU ke-13.

SIKAP KEMARUK  seperti ini bukanlah sesuatu yang sesuai untuk dijadikan tujuan berdemonstrasi.Kata-kata akhir yang boleh digambarkan kepada mereka ialah :

MENGATOK DULANG PAKU SERPIH.

--------------------------------------------------------------------------------------

Link Demostrasi Jalanan Oleh Umno Pulau Pinang

UMNO Penang Demo lagi.. kesian kat depa... (Gambar) 

Dengan Ikat Kepala Terbalik dan Dedahan Aurat mereka bangkit sebagai pembela agama ?


Semalam satu sms yang diterima menyatakan "UMNO Pulau Pinang merancang satu demontrasi jalanan di Komtar, Georgetown selepas Solat Fardhu Jumaat ini sebagai melahirkan rasa tidak berpuas hati terhadap pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menyokong rakyat menyertai Himpunan aman Bersih 2.0, pada 9 Julai depan di ibu negara.



Hari ini... Bagaikan 'tentera merah' dalam musim pilihan raya umum Thailand yang dijadualkan 3 Julai ini depan, kira-kira 200 pemuda Umno lengkap memakai lilit kepala bertulis Laailahaillallah berhimpun di perkarangan Komtar 2.30 petang tadi bagi membantah pendirian kerajaan negeri Pulau Pinang yang didakwa mereka cuba membangkitkan faham komunis dalam negara ini.

Kerajaan Pulau Pinang yang diteraju Ketua Menteri Lim Guan Eng dituduh demikian kerana dilihat memprotes langkah polis mereman 30 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput sejak beberapa hari lalu kerana melakukan siri jelajah Bersih 2.0 di negeri ini.

Lim turut dituduh menggalakkan rakyat menyertai perhimpunan aman 300,000 di ibunegara yang dirancang pada 9 Julai depan.



Ezam Mohamad Noor antara pemimpin Umno yang kelihatan di perbarisan hadapan perarakan tanpa permit polis tersebut.




Sambil melaungkan "Allahu Akbar" mereka mengangkat beberapa sepanduk yang tertulis "Lim Guan Eng Dalang Pepecahan", "Jangan berani bangkitkan kembali komunis" dan "Lim Guan Eng Pemecahbelah Umat Islam".












Manakala, lebih 50 anggota polis dan 15 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat berkubu di pintu masuk utama ke Komtar yang menempatkan bangunan kerajaan negeri Pulau Pinang sejurus selepas Solat Fardhu Jumaat.

Setakat jam 3.05 petang, tiada tangkapan awam dilakukan ke atas mereka yang menyertai demontrasi tersebut.

Namun, usaha menyuraikan 'tentera merah' terbabit dilakukan demi memeliharan ketenteraman awam dan melancarkan laluan trafik.


Berita dari Penang Daily
Anak Sungai Derhaka : http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/07/gambar-umno-penang-demo-lagi-kesian.html#more

Berita Menarik Penaga Daily