Saturday 2 July 2011

Program Gotong-royong di Mutiara Perdana anjuran Ahli Majlis dengan kerjasama PPK Bayan Lepas dan JKKK.

Banner gotong-royong sebagai maklumat kepada penduduk setempat.

Bayan Lepas - Ahli Majlis MPPP Saudara Iszuree Ibrahim bersama Pegawai Penyelaras Kadun Bayan Lepas , Cikgu Asnah dan JKKK Mutiara Perdana akan menganjurkan satu program gotong-royong yang akan diadakan esok 3hb Julai 2011.

Program gotong-royong yang diadakan ini adalah bertujuan untuk membersihkan kawasan sekitar disamping dapat mengeratkan lagi hubungan antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama penduduk Mutiara Perdana. Ahli Majlis MPPP Saudara Iszuree juga memaklumkan bahawa jamuan tengahari turut disediakan dalam program tersebut dan beliau juga mengalu-alukan kehadiran penduduk berdekatan terutama penduduk Mutiara Perdana tanpa mengira usia dan fahaman untuk bersama-sama dalam majlis yang akan diadakan bermula jam 8.15 pagi dan dijangka berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Ahli Majlisnya sentiasa akan memberi perkhidmatan yang terbaik bagi memastikan rakyat Pulau Pinang mendapat hak yang sewajarnya sebagai seorang rakyat.

Berita Menarik Penaga Daily