Wednesday 13 July 2011

MOHAMAD SABU ( ABG MAD ) AKAN JALANI PEMBEDAHAN LUTUT.


Seberang Jaya - Sebaik saja habis program Penerangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dihadiri lebih dari 10 000 orang , Abang Mad atau juga dikenali oleh pihak lawan sebagai Mat Sabu terlihat senyum dengan sokongan rakyat yang tidak berbelah-bahagi yang hadir untuk mendengar ceramah malam tadi ( ahad ). Abang Mad yang ditemui diatas pentas dengan kerusi roda memberi amaran semasa dalam ceramahnya bahawa Himpunan Bersih 3.0 akan menyusul sekiranya tuntutan Bersih 2.0 tidak diendah oleh pihak BN. 

Abang Mad yang mengalami kecederaan di lutut semasa perhimpunan Bersih 2.0 yang lalu akan menjalani pembedahan pada hari Jumaat ini. Beliau juga mengulas dalam sesi ceramah beliau bahawa rakyat semakin bijak dan demokrasi yang dijanjikan kepada rakyat seharusnya diberikan ketika rakyat menuntut untuk bersuara.

Perhimpunan Bersih 2.0 yang pada mulanya dianjurkan sebagai perhimpunan aman bertukar menjadi satu mimpi hitam kepada Umno apabila banyak stesen-stesen tv dari luar negara mengutuk sistem demokrasi dan cara Polis mengendalikan perhimpunan aman. 

Semoga titik hitam pada 9hb Julai itu ditebus oleh rakyat melalui PRU ke 13 nanti. InsyaAllah , Takbir !

Berita Menarik Penaga Daily