GAMBAR BUKAN SEKADAR HIASAN |
KEPALA BATAS 2 Okt. – Kecewa dengan wakil rakyat yang gagal membela nasib penduduk setempat, seramai 37 anak muda dari Kampung Bakau Tua, Penaga di sini bertindak keluar dari Pas untuk menyertai UMNO.
Wakil kumpulan tersebut, Roslan Abdullah, 26, berkata, mereka juga sudah hilang kepercayaan kepada Pas kerana pemimpinnya sering menabur janji-janji manis tetapi apabila dituntut, tidak ditunaikan.
“Kami sudah tidak percaya kepada perjuangan Pas.
“Apabila kami meminta bina jalan, mereka (Pas) kata tiada duit. Bila minta baiki rumah, mereka beritahu tidak boleh buat. Apabila emak sakit dan perlukan bantuan, mereka juga tidak mampu tolong.
“Kami benar-benar kecewa kerana Pas tidak dapat membela nasib rakyat sebagaimana slogan yang mereka uar-uarkan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Cawangan Bakau Tua, Azhar Zainal Abidin di sini semalam.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Reezal Merican Naina Merican dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim.
Roslan berkata, masih ramai lagi belia di kawasan berkenaan yang berhasrat untuk keluar daripada parti pembangkang dan menyertai UMNO.
Dipetik dari Utusan Malaysia
............................................................................................................................................................
ULASAN
Wakil kumpulan tersebut, Roslan Abdullah, 26,
Umur wakil kumpulan atau maksudnya kira ketua dalam kumpulan ini berumur 26 tahun. Kira 'dashat' lah mamat ni sebab umur 26 tahun dah mula matang tentang politik dan boleh kecewa dengan Pas kerana permohonan untuk jalan baru , emak sakit dan sebagainya untuk kebajikan tak mendapat sumbangan dan prihatinan dari Pihak Pas.
Kalau sapa-sapa jumpa Roslan ni cuba tanya dia sapa Setiausaha Perhubungan BPPN Pas Pulau Pinang? Rasa-rasanya dia terkebil sebab Roslan ni bukannya ahli Pas pun. Sebab semua Pemuda cawangan dan kawasan pada 01hb Oktober yang lalu telah diarahkan ke Program Sambutan 60 tahun untuk membantu gerak kerja di program tersebut.
Kalau kita tanya sapa Ketua Pas Kepala Batas dah tentu dia akan jawap - Rosidi Hussain. Sedangkan Pas tak ada KETUA PAS di Kepala Batas.
Emak sakit Pas tak bantu ??????
Umur baru 26 tahun , emak sakit pun masih mahukan Pas bantu ka? Ini memang anak yang baloq, cukup-cukup baloq dan mampu menimbulkan masalah kepada keluarga kalau ada anak umur 26 tahun yang macam ni kerana bukannya dia nak usaha dengan umur mudanya tapi masih mahu menagih subsidi untuk emak yang sakit.
Waktu dia sakit masa dia kecik-kecik tak ada pun mak dia minta bantuan mana-mana pihak tapi bila dia besaq dah sampai umur 26 tahun bila mak dia sakit dia tala kat Pas kononya Pas tak membantu.
Sedangkan Program Al- It'am cukup rancak di Dun Penaga dan sumbangan kepada warga tidak pernah di anak-tirikan oleh Kerajaan Negeri terhadap semua rakyat.
Kes macam ni nampak sangat anak muda yang tak ada tanggungjawab terhadap orang tua.
Yang sebenarnya 37 orang yang dinyatakan ahli Pas itu adalah tidak benar.
Kalau tak percaya bila jumpa dengan depa-depa ni tanya tengok sapa SU Pemuda Negeri ? Mesti dia jawab Cikgu Azhar kut :) ............