5hb Okt ( Seberang jaya ) - Jabatan Pilihanraya Negeri ( JPN ) Pas Pulau Pinang menyasarkan 80 peratus kemenangan untuk kerusi yang akan dipertandingkan dalam PRU ke-13 nanti sekiranya rakyat Pulau Pinang khususnya pengundi saluran 1 dan 2 memberi peluang kepada PAS untuk memenangi kerusi yang dipertandingkan.
Sdr. Rozaini - Setiausaha JPN Pas Pulau Pinang |
Bercakap dalam satu wawancara khas bersama Setiausaha JPN Pas Pulau Pinang Saudara Rozaini berkata " InsyaAllah Pas mampu memenangi sekurang-kurangnya 4 kerusi dari 5 yang dipertandingkan berikutan 'signal' yang diterima dari rakyat Pulau Pinang khasnya warga emas dan lapisan masyarakat lainnya ".
Beliau juga menambah " Isyarat yang diberikan oleh warga emas dan golongan tertentu memberikan kekuatan kepada kita ( Pas Pulau Pinang ) untuk merebut kemenangan seperti yang disasarkan JPN pada PRU ke-13 nanti ".
Antara kerusi yang dipertandingkan oleh Pas Pulau Pinang ialah DUN Sungai Dua , DUN Permatang Berangan , DUN Penaga , Parlimen Tasek Gelugor dan Parlimen Kepala Batas.
Calon-calon muda dan mempunyai latar belakang agama yang kuat akan diketengahkan bagi memberi satu keyakinan kepada pengundi untuk memilih PAS sebagai wakil rakyat dan pembela hak kepada mereka agar kesejahteraan hidup sebagai rakyat dapat dinikmati.
Di akhir pertemuan , Saudara Rozaini menyatakan bahawa peluang untuk mengubah corak pemerintahan hanya berada di tangan pengundi Pulau Pinang maka beliau menyeru untuk PRU ke-13 ini rakyat Pulau Pinang harus berani untuk tampil membuat perubahan drastik dengan memberi kemenangan kepada calon Pas sekaligus mempertabatkan kembali Islam sebagai jaminan kepada hidup yang lebih sejahtera dan berkebajikan.