Wednesday 12 October 2011

Haji Rosidi Cadangkan JKKK Pulau Pinang disempadan mengikut Daerah Mengundi.


Pulau Pinang - Tuan Haji Rosidi , Penyelaras Kadun Penaga semalam ketika pertemuan bersama beberapa Adun dalam lawatan ke Penaga memaklumkan perkara ini agar JKKK Pulau Pinang disempadankan semula mengikut daerah mengundi.

Beliau memberi cadangan demikian dengan mengambil kira kemudahan yang terdapat dalam pendataan mengundi dengan mengambil garis besar sempadan DUN sebagai sempadan asas kepada pembentukan JKKK berpandukan kepada kemenangan kepada  ADUN.

Dalam satu pertemuan berasingan yang turut diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah SPS Jawi dalam bengkel persempadanan semula JKKK Seberang Perai Selatan pada hari ini pagi tadi, cadangan yang sama turut di kemukakan oleh Setiausaha JKKK Kg Baru iaitu Saudara Rozaini Yaakob dengan tujuan agar penyelarasan persempadanan semula JKKK di buat berdasarkan sebuah sistem yang boleh diguna-pakai didalam dan diluar pilihanraya.

Beliau menambah perkara persempadanan yang lebih sistematik diperlukan agar kebajikan rakyat dapat dipantau dengan lebih optima.

Haji Rosidi berpendapat bagi setiap Daerah Mengundi boleh diwujudkan seorang Pengerusi JKKK yang bertujuan dapat membantu Adun dan Pejabat Daerah dengan suasana yang lebih mudah dan berkesan. Keberkesanan pengurusan rakyat harus diberi keutamaan memandangkan ianya adalah merupakan tujuan sebenar JKKK ini diwujudkan.

Namun kata beliau , cadangan beliau ini bukanlah satu desakan kepada persempadanan semula JKKK sebaliknya cadangan ini boleh dibincangkan antara adun-adun bagi memberi satu perubahan pengurusan tanpa berpandukan pedoman yang lama.





Berita Menarik Penaga Daily