Showing posts with label Umno. Show all posts
Showing posts with label Umno. Show all posts

Tuesday, 16 August 2011

PAS TAK MUNGKIN "RUJUK" DENGAN UMNO KEMBALI ?


Kebelakangan ini sering saja isu Umno bergabung bersama Pas dicetuskan bagi memancing simpati rakyat untuk menunjukkan bahawa Umno mempunyai niat yang baik terhadap Pas lalu dengan usaha gabungan ini menampakan usaha untuk menyatukan orang Melayu seumpama niat murni seawal penubuhan Umno sebelum merdeka dulu agar perkara ini mendapat simpati dari rakyat saluran 1.

Pas tidak mungkin bergabung bersama Umno! Ini adalah kenyataan yang perlu ditelan oleh Umno sendiri biarpun perkara ini menjadi jadam kepada kaum Melayu. 


Mengapa Pas tidak mahu bergabung dengan Umno? 

Banyak alasan. Banyak sebab yang boleh disenaraikan untuk Pas tidak bergabung bersama Umno kerana cukuplah Umno selama hampir 58 tahun melukakan hati kaum Melayu malah hak dan kepentingan agama sama sekali tidak menjadi agenda utama dalam membangunkan kaum Melayu yang terang-terang menyatakan bahawa :

Orang Melayu adalah mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu , mengamalkan adat-resam budaya Melayu dan beragama Islam.


Ini bermakna , tidak akan jadi Melayu jika salah satu dari ketiga-tiga diatas tidak diamalkan oleh seseorang jika kita ingin melihat Melayu itu secara mikro. Namun jika dilihat secara makro memang rata-rata orang Melayu tetap Melayu selagi ianya tidak memohon untuk menukarkan agama mereka.

Yang ingin dinyatakan disini , apakah cukup hanya dengan beragama Islam sahaja telah memadai untuk Melayu itu berakuan menjadi Islam?


Apakah cukup dengan mendirikan masjid bermaksud bahawa pemerintah telah menjadikan Islam itu sebagai satu mercu tanda bahawa pemerintah telah menjaga kebajikan Melayu itu mengikut manifesto kehendak Islam?
Apakah dengan membiarkan aurad di dedahkan di khalayak ramai oleh mereka yang ingin memimpin Melayu ke arah Islam itu sebagai satu penghormatan kepada kaum Melayu?
Umno telah menghanyutkan Melayu menjadi jauh dari sewajarnya maka kaum Melayu seharusnya memilih untuk mendahulukan agama mengatasi bangsa terlebih dahulu sekiranya kaum Melayu ingin melihat perubahan besar kepada Melayu.



Wednesday, 29 June 2011

MERENUNG LATAR BELAKANG PARTI.

UMNO

Bendera Umno yang jarang-jarang mahu digunakan.

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Tulisan Jawi: ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو, Inggeris: United Malay National Organisation; biasa dikenali sebagai UMNO atau PEKEMBAR  adalah parti politik terbesar di Malaysia dan merupakan pengasas dan tulang belakang pakatan Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia tanpa putus sejak merdeka lagi.

UMNO dianggap sebagai parti penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu. Menurut perlembagaan parti ini, asasnya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara . Ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera.

PAS


Parti Islam Se-Malaysia (Jawi: ڤرتي اسلام س-مليسيا, juga PAS) adalah sebuah parti pergerakan Islam di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden parti, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Awang. PAS cuba mengimbangi perjuangan nasionalisme UMNO sebagai sebuah parti yang mendokong Islam. Dengan tidak menafikan bahawa semangat perjuangan yang berteraskan kepada Islam di negara ini telahpun wujud semenjak tahun 1906 lagi, yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha) yang berpusat di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang, PAS yang muncul pada tahun 1951 adalah atas kesedaran masyarakat Melayu (pada waktu itu) untuk melihat Islam dapat ditegak dan didaulatkan di negara ini.

Pada peringkat awal penubuhannya, PAS dilihat sebagai sebuah parti Melayu yang memperjuangkan hal-ehwal Islam melebihi dari apa yang dilaksanakan oleh UMNO. Didokongi oleh para ilmuan agama, PAS adalah parti yang menjadi pilihan bagi orang-orang melayu yang berpendidikan agama. Pun begitu setelah berlakunya Tragedi 13 Mei 1969, PAS telah menerima cadangan UMNO untuk bergabung didalam perikatan yang baru yang dinamakan sebagai Barisan Nasional (BN). PAS adalah diantara parti pengasas BN. Penglibatan PAS didalam BN berakhir dengan krisis darurat di Kelantan pada 1978. Akhirnya PAS mengambil keputusan untuk keluar dari BN. Para penyokong PAS mengganggap bahawa UMNO telah mengkhianati mereka. Para penyokong UMNO pula berpendapat PAS telah tidak patuh pada ketetapan BN. Pun begitu, krisis dalaman PAS telah membawa kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

PAS telah mengambil masa yang lama untuk menyusun semula perjuangan mereka. Ketika Tuan Guru Yusuf Rawa mengambil alih teraju PAS pada 1982, PAS telah menjenamakan semula parti tersebut dibawah slogan "Kepimpinan Ulama".

Kini PAS adalah sebahagian dari sebuah perikatan yang dinamakan sebagai Pakatan Rakyat, bersama Parti Keadilan Rakyat dan Parti Tindakan Rakyat (DAP). Pencapaian PAS pada Pilihanraya Umum 2008 adalah diantara yang terbaik. Selain dari mengekalkan penguasaan PAS di Kelantan dengan majoriti yang besar, PAS turut membentuk kerajaan di Kedah dan menjadi sebahagian dari kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang.

Berita Menarik Penaga Daily