Wednesday 3 August 2011

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang.


Objektif Dewan

Selaras dengan objektif yang termaktub dalam Perlembagaan DPMM dengan memberi penekanan kepada keperluan negeri Pulau Pinang. Objektif ini dilaksanakan melalui strategi , kaedah dan program – program tertentu melalui perancangan 3 (tiga) tahun DPMM Pulau Pinang seperti mana yang disenarai di bawah :


  • Menyatukan dan menyelaras semua kegiatan usahawan Melayu di Pulau Pinang.
  • Mempertingkatkan kuantiti dan menyalurkan keahlian Dewan dengan kegiatan yang lebih terarah (fokus) .
  • Memberi perkhidmatan dan menyalurkan maklumat secara efisyen dan profesional.
  • Membangunkan dan mempertingkatkan usahawan dan ekonomi Melayu sejajar dengan keperluan ekonomi semasa.
  • Memangkinkan projek – projek yang memberi keberkesanan kepada ekonomi Melayu di Pulau Pinang.
  • Memupuk dan merubah minda dan sikap Melayu ke arah keunggulan sumber tenaga manusia , profesionalisme dan penguasaan teknologi yang strategik dan sejajar dengan arus ekonomi masa hadapan.
  • Memperjuangkan agenda Melayu dalam perlaksanaan program pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan dan Swasta.
  • Mempertingkatkan latihan sumber tenaga Melayu.
  • Menyalurkan bantuan serta khidmat bakti kepada mereka yang memerlukan.

SEJARAH DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA PULAU PINANG (DPMMPP)

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) ialah sebuah badan sukarela yang telah ditubuhkan pada tahun 1956 dengan nama asalnya Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan  Seberang Perai.

Pada tahun  1974, namanya telah ditukar kepada Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Malaysia  Cawangan Pulau  Pinang apabila semua  Dewan Perniagaan Melayu di negeri Pulau Pinang bergabung di bawah satu badan  induk yang dikenali dengan nama Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Malaysia dan tertakluk di bawah Perlembagaan yang sama. Pada tahun 1992, namanya telah ditukar pula kepada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang.

Pada awal tahun penubuhannya, DPMMPP dianggotai oleh 50 ahli sahaja. Kini bilangan ahli DPMMPP telah meningkat hampir 1,000 ahli yang terdiri daripada individu dan syarikat perniagaan Melayu di Pulau Pinang. Di samping itu, terdapat 5,000 peniaga daripada 14 persatuan perniagaan Melayu juga bergabung dengan DPMMPP.

Bagi memberikan perkhidmatan yang cekap dan profesional, DPMMPP mempunyai urusetia tetap yang berpejabat di bangunannya sendiri di No 1, Lebuh Pantai, Pulau Pinang.

AHLI JAWATANKUASA DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA PULAU PINANG (DPMMPP) SESI 2010-2013

*** senarai ajk yang lain masih ada namun yang dinyatakan diatas adalah sebahagian dari Jawatakuasa DPMMPP.

Senarai Jawatankuasa DPMMPP

  



Berita Menarik Penaga Daily