Showing posts with label Kepala Batas.. Show all posts
Showing posts with label Kepala Batas.. Show all posts

Thursday, 11 August 2011

KECOH - Tanda-tanda pengkhiatan Umno terhadap Melayu.


Mutakhir ini kecoh seMalaysia perihal SPR yang semakin hari semakin bercelaru dengan pembongkaran hari demi hari kepincangan SPR menangani pendaftaran pengundi. Pilihanraya yang dijangkakan semakin menghampiri dihimpit keresahan Pakatan Rakyat akan isu pengundi-pengundi yang jelas dimanipulasikan pihak tertentu. Tuntutan Bersih 2 langsung tidak mendapat tempat dihati SPR dan pengamal undang-undang pula seakan menyepi untuk berganding bahu bersama menangani isu daftar pemilih ini. Ada individu yang langsung tidak tahu menahu bahawa mereka didaftarkan sebagai pengundi. Ada yang langsung tidak faham mengapa nama mereka tiba-tiba timbul didaerah undi yang begitu asing bagi mereka...

Dipihak pemerintah pula, isu ini dianggap remeh dan mengulangi pendapat mereka pilihanraya selama ini cukup bersih dari segala manipulasi mahupun kecacatan. Malah, isu kekalahan mereka di 5 buah negeri pada PRU 12 menjadi senjata utama mereka menidakkan penipuan ini. Namun disebalik semua kenyataan yang cuba dijelaskan, samaada Pengerusi SPR sendiri mahupun pemerintah negara, rakyat terus diselubungi dengan daftar pemilih yang boleh dicurigai.

Samada pilihanraya ke 13 nanti akan berjalan dengan lebih bersih bergantung kepada kerajaan sekarang untuk mengambil inisiatif mempertengahkan segala isu yang berbangkit berkenaan daftar pemilih mahupun ketelusan undian pos. Ynag pentingnya rakyat haruslah sedar akan segala kepincangan dalam setiap kali pilihanraya dijalankan. Penambahbaikkan perjalanan proses demokrasi Malaysia mestilah menjadi keutamaan pemerintah dan SPR untuk mengembalikan proses demokrasi yangh sebenarnya.

Rakyat memerlukan kesimbangan dalam politik dimana-mana saja agar ada 'check and balance' antara pemerintah dan pembangkang. Siapapun yang memegang tampuk pemeintahan memerlukan satu sama lain agar tindak tanduk pemerintahan menjadi pemerhatian pembangkang untuk satu perjalanan dan pengurusan negara yang lebih adil.

Rakyat tidak memerlukan pemerintahan yang dimonopoli oleh mana-mana parti sehingga menyebabkan rakyat ditindas dengan pelbagai permasaalahan akibat kuasa ynag mutlak dimonopoli pihak tertentu. Hinggakan proses demokrasi yang sebenar tidak dapat dijalankan sehingga kini akibat penguasaan pihak tertentu. Sepatutnya SPR berada dibawah kuasa parlimen agar pengamal undang-undang dapat bermesyuarah dikalangan mereka bentuk perjalanan pilihanraya yang lebih bersih dan telus dapat dijadikan sandaran oleh rakyat.

Malah rakyat pula dipersalahkan jika inginkan perubahan dalam proses demokrasi berparlimen Malaysia. Kemanakah hala tuju SPR setelah 50 tahun BN memerintah Malaysia?? Kenapa begitu taksubnya Pengerusi SPR yang bertukar satu demi satu untuk terus mempertahankan perjalanan pilihanraya yang jelas memihak kepada pihak pemerintah?? 

Artikel Ehsan dari :

Monday, 20 June 2011

49 WARIS WARGA EMAS DUN PENAGA BAKAL TERIMA RM1000 PADA 23 JULAI INI.

BATU KAWAN - Kerajaan negeri Pulau Pinang dalam program kebajikan kepada rakyat telah bersetuju untuk menyalurkan sumbangan rm1000 kepada 49 waris warga emas pada 23 Julai ini dalam satu majlis khas yang akan diadakan di DUN Penaga. Hj Rosidi yang merupakan Pegawai Penyelaras DUN Penaga ditemui di Batu Kawan semalam berkata , DUN Penaga dicatatkan sebagai DUN yang tertinggi menerima sumbangan dari Kerajaan Negeri berbanding dengan dun-dun yang lain. 

Gambar Hiasan

Beliau yang ditemui oleh Penaga Daily dalam sebuah majlis muzakarah di Taman Sri Tanjung , Batu Kawan memaklumkan bahawa pihak beliau dan kerajaan negeri akan menyerahkan cek tersebut kepada semua waris warga emas seramai 49 orang dalam satu majlis khas yang turut akan dihadiri oleh Ketua Menteri iaitu YAB Tn Lim Guan Eng.

Makluman tentang penerimaan sumbangan ini telah disampaikan melalui surat kepada semua waris warga emas yang layak dan beliau amat berpuas-hati dengan kerjasama dari pihak JKKK DUN Penaga yang turut membantu dalam usaha kebajikan kepada warga setempat khususnya kepada warga Penaga.

Sewaktu dalam pertemuan itu juga Hj Rosidi menyelar sikap negatif sesetengah parti politik yang memanipulasikan program kebajikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu dianggap sebagai satu sogokan politik.

Gambar Arkib : Kelihatan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Hj Rosidi dalam satu majlis ramah mesra bersama warga emas.

" Mereka tidak faham dan sebenarnya mereka merasa terkilan apabila sebuah kerajaan negeri yang kecil sahaja sentiasa mampu memikirkan kebajikan kepada rakyat sedangkan program sebeginilah yang benar-benar diharapkan oleh rakyat " kata beliau mengakhiri pertemuan malam semalam dan mengucapkan taniah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana pintar mengisi kebajikan kepada warga emas.

Saturday, 18 June 2011

JPS Seberang Perai Utara peka masalah perparitan.

KUALA MUDA - Masalah perparitan yang sering tersumbat di Kuala Muda di kawasan JKKK Bakau Tua kini telah diatasi oleh JPS Seberang Perai Utara dengan mengantikan saliran lama yang berbentuk gegelung dengan sistem perparitan 'U' yang di lihat mampu untuk menangani masalah saliran tersumbat selama ini.
Hj Rosidi Hussain sedang membuat tinjauan untuk masalah parit tersumbat di Kuala Muda dalam kawasan JKKK Bakau Tua.

Sikap pantas Pegawai JPS Seberang Perai Utara ini mendapat ucapan taniah dari Pegawai Penyelaras DUN Penaga iaitu Hj Rosidi Hussain ketika di temui oleh wakil Penaga Daily di lokasi sebaik saja beliau turut meninjau kerja-kerja yang hampir siap dijalankan oleh kontraktor JPS untuk mengatasi masalah ini.

" Sebagai Penyelaras DUN Penaga , saya amat berterima kasih kepada Pegawai JPS yang bertugas dan diharap dengan pengantian sistem perparitan ini masalah parit tersumbat dapat diatasi " ujar beliau semasa di temuramah tentang masalah tersebut.

Hj Rosidi Hussain berpuas-hati dengan kerja-kerja yang telah dijalankan,

PEGAWAI PENYELARAS DUN PENAGA Hj Rosidi Hussain hulurkan bantuan kebajikan kepada 2 oku.

PENAGA -
Pegawai Penyelaras DUN Penaga , Hj Rosidi bin Hussain dengan kerjasama JKKK setempat iaitu bersama Pengerusi JKKK Lahar Kepar En Ahmad Kamil bin Ahmad dan seorang lagi Pengerusi JKKK Penaga En Hussain bin Mat Isa telah bersama-sama di dalam satu program ringkas menghulurkan bantuan kerusi roda kepada 2 warga OKU di kawasan JKKK masing-masing.

Dalam program ringkas yang diadakan di rumah penerima kerusi roda tersebut ,Hj Rosidi Hussain telah menyampaikan secara terus kepada kedua-dua OKU dengan disaksikan oleh keluarga masing-masing.Pihak keluarga OKU yang menerima bantuan tersebut telah melahirkan rasa gembira dengan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Hj Rosidi Hussain yang mempunyai daya kebajikan yang tinggi kerana sudi memberi bantuan berupa kerusi roda yang sememangnya merupakan sesuatu yang sangat membantu kepada keluarga dan oku tersebut.

Zaharah Bt Mat Isa kelihatan gembira menerima kerusi roda dari Hj Rosidi Hussain di kediaman beliau di Lahar Kepar.
Hj Rosidi Hussain ketika ditemui oleh wakil Penaga Daily berkata sebagai Pegawai Penyelaras DUN beliau akan terus memastikan bahawa program-program kebajikan sebegini akan terus diberi keutamaan memandangkan kerja-kerja kebajikan adalah sesuatu yang sangat di anjurkan di dalam agama Islam.


Hj Rosidi Hussain sempat bertanya khabar kepada
          Mohd Hafizi Mansor yang turut menerima sumbangan kerusi roda di rumah beliau di Penaga baru-baru ini.

Berita Menarik Penaga Daily