oleh Fakhri Ali | |
KEPALA BATAS, 14 Julai: Hospital Islam Pulau Pinang akan menjadi satu realiti di negeri ini, apabila usaha ke arah mewujudkan kemudahan tersebut menjadi realiti tidak lama lagi. Pengerusi Promosi dan Pemasaran Pusat Urus Zakat Pulau Pinang, Dr. Mujahid Yusof Rawa, berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pentauliahan amil zakat fitrah negeri Pulau Pinang, yang telah diadakan di Dewan Millenium, pagi tadi. Menurut beliau lagi, segala kemudahan yang ada seperti pusat haemodialisis telah pun diwujudkan oleh PUZ ,kepakaran ini akan diakseskan semaksima mungkin bagi manfaat umat Islam di Pulau Pinang, yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini. "Dalam lawatan ke Mesir baru-baru ini, kita mendapati terdapat pelajar tahun akhir yang mengikuti pengajian bidang perubatan atas biaya PUZ boleh dimanfaatkan ilmu mereka bagi mewujudkan hospital tersebut di Pulau Pinang. "Kemungkinan besar, kita boleh memulakan projek besar ini melalui kewujudan klinik-klinik yang diuruskan oleh PUZ. Setelah wujudnya infrastruktur yang sempurna dan kepakaran yang mencukupi, maka usaha ini akan dijadikan satu realiti untuk diakseskan. "Adalah tidak mustahil projek yang telah ada perancangan ini, menjadi satu yang nyata setelah melihat kepada sokongan melalui peningkatan kutipan zakat yang telah berjaya dikutip pada setiap tahun," ujarnya lagi. Jelasnya lagi, hospital ini akan lebih menumpukan kepada khidmat untuk membantu mereka yang miskin dan tidak berkemampuan dengan bayaran yang minima. "Saya yakin dengan peningkatan kutipan zakat dari RM53 juta pada tahun lalu kepada RM56 juta tahun ini, akan berjaya ditingkatkan kepada target RM100 juta bagi merealisasikan aspirasi ini. "Namun begitu, mutu dan kualiti perkhidmatan akan tetap menjadi prioriti dalam memberi kemudahan tersebut apabila hospital tersebut menjadi kenyataan tidak lama lagi," tambahnya beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Exco Agama Kerajaan Negeri, Abdul Malik Abul Kassim, Yang Dipertua Majlis Agama Islam P.Pinang, Ellias Zakaria dan Timbalannya, Datuk Mohd Salleh Man. Dipetik dari : Harakah Daily |
Friday, 15 July 2011
Hospital Islam P Pinang di Kepala Batas akan jadi realiti.
Berita Menarik Penaga Daily
-
As'salam dan Salam Sejahtera buat saudara2 ku yang dikasihi ALLAH swt... . Ramai yang bertanya kat admin, Penaga Daily ni blog poli...
-
PERSATUAN PEMENANG Tujuan Persatuan 1. Menyatupadukan orang-orang Melayu di Pulau Pinang. 2. Mendapatkan persefahaman serta membantu s...
-
Mohd Najib bin Abdul Razak YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (lahir 23 Julai 1953 ) adalah Perdana Menteri Ma...
-
"Al Fatihah" buat adik Fazleen Amirah yang mengalami kemalangan maut disimpang Taman Guar Perahu pada petang 31.1.2012 yang baru ...
-
As'salam dan Salam Sejahtera... Doa dari anak yang soleh & solehah, hadiah terbaik buat kedua IbuBapa, kita baik yang masih hidup, a...
-
As'salam dan Salam Sejahtera..... sihat dan gembira disisi keluarga tersayang hendaknya buat semua pembaca yang dikasihi ALLAH swt....AM...
-
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera .... kecerian dan kesempurnaan hidup yang semua individu hajat-hajatkan, hanya diperolehi dengan izin ...
-
Zainab Abdul Kadir dikatakan telah menghina Jose Rizal pemimpin Filipina via tweetnya. Photo Ehsan dari Asiatatler
-
Objektif Dewan Selaras dengan objektif yang termaktub dalam Perlembagaan DPMM dengan memberi penekanan kepada keperluan negeri Pulau Pin...
-
Dalam banyak-banyak restoran yang ada kat Kepala Batas Pulau Pinang, restoran ini yang terpilih untuk memulakan Program Lawatan Sehari Tuan ...