Sunday 22 April 2012

KEJOHANAN BOLA SEPAK 9S TAWAR HADIAH BERJUMLAH RM 8,000



KEPALA BATAS- Satu Kejohanan Bola Sepak  9 sebelah (9s) akan diadakan  sempena hari pekerja pada 1 Mei depan anjuran Kelab Bola Sepak Penaga, Pinang Tunggal dan Bertam FC.

Kejohanan yang julung-julung kali diadakan ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM 8,000. Kejohanan kali ini akan diadakan di Padang Mardi, Paya Keladi, Kepala Batas.

Kejohanan ini diadakan secara terbuka dan dijangka menarik minat penyertaan dari dalam dan luar Pulau Pinang.

Juara bakal menerima wang tunai RM3,000, trofi dan pingat, manakala naib juara RM2,000 selain ketiga/keempat masing-masing menerima RM1,000 dan RM 700 selain sebiji bola diberikan secara percuma kepada pasukan yang mengambil bahagian.

Yuran penyertaan setiap pasukan sebanyak RM160. Tarikh tutup pada 25 April (rabu) 2012 dan majlis undian akan dilangsungkan di Dewan JKKK Penaga pada 29 April 2012.

Pengarah Program, Mustaffa Ariffin berkata program ini adalah satu kejohanan yang bermotifkan semangat ikatan silaturahim dikalangan belia sekaligus ingin mencungkil bakat pemain.

 "Saya yakin sambutan tahun ini pasti hangat dengan hadiah wang tunai cukup lumayan jesteru itu kami menggunakan konsep siapa cepat dia dapat.

 "Penyertaan dibuka hingga ke seluruh Negara dan dijangka ianya satu kejohanan yang hebat dan menarik ,"katanya.

Borang penyertaan boleh diperolehi dengan menghubungi Mustaffa Ariffin di talian 016-4678353  atau Sham ditalian 019-4744236. Segala pertanyaan juga boleh menghubungi talian diatas.

Friday 13 April 2012

LEBIH 10,000 ORANG HADIR Pra BERSIH3.0 : LEPAK DIPADANG BOLA SAMPAI TENGAH MALAM - PENAGA

As'salam dan Salam Sejahtera.... jasmani yang sihat dan rohani yang tenang, akan melahirkan JIWA yang KUAT dan MINDA yang CERDAS.. sama-sama kita berdoa untuk memperolehinya... AMIN...!!

"PALUAN GENDANG PRU13", Ini sudah kira cukup HEBAT dik !!, dahlah paling ramai Penceramah dalam satu Pentas... betul punya "GENDANG" ditabuh ni....kikiki!!! 

DAN yang paling hebatnya, terlalu ramai PENGUNJUNG yang HADIR, disepanjang pengalaman admin mengikuti program ceramah dalam kawasan PENAGA ...!!

Jangan cakap banyak, saksikan sendiri...!!, Kurangkan cakap, banyakkan  BEKERJA.... untuk TAWAN Putrajaya dalam PRU13.... 




"MULAKAN DENGAN AL-FATIHAH"

http://www.ustream.tv/channel/penangtv




Test..test...testing...Ujian Suara, ujian suara...!!

Berkumandang AZAN Isyak.....

Ust Soid dan Dr Mahfuz... solat sunat...!!

Sedikit Pencerahan Solat  Hajat...!!!

















"Bagi yang suka VIDEO dan nak dengar isi ceramah, sila layari laman dibawah ni :-




























Demikian lah cerita bila padang bola diserbu pada malam hari...kikiki!!!.. Padang yang lecah menjadi kering... hati yang resah menjadi Hening... setelah mendapat HIDAYAH ..


**Dari Surah Al-Hajj : ayat 38 - 39 yang bermaksud : " Sesungguhnya ALLAH membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya ALLAH tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur. Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh gulongan penceroboh), kerana sesunguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya ALLAH Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).

wallahhualam.... terima kasih....As'salam....

Bila Minda TERSUMBAT, lalu dibiar berkarat... !!! - *Perasmian UPU

As'salam dan Salam Sejahtera... Muga Tuan/Puan yang dikasihi ALLAH swt dan seisi keluarga sihat waalfiat....AMIN...!!

Apa kabar semua... rindu dengan admin ??...kikiki!!!..  Admin pun rindu dengan anda semua...!! Tapi bukan rindu bayangan, hanya rindu untuk bersiaran dan rindu sesama kita sebagai hamba ALLAH yang lemah..., admin minta maaf kerana lama menghilang dari Laman ini, ramai yang "calling-calling" admin bertanyakan kabar..! TQ semua..!!

Kerana itu tajuk kali ini ialah "Bila Minda TERSUMBAT, lalu dibiar berkarat".. ini yang admin alami dalam hampir 2 minggu kebelakangan ini... Minda buntu dengan sibuknya tugasan dalam komuniti ... Keluarga ditimpa Musibah... Kesihatan sedikit terjejas. Dan kini semuanya beransur pulih seperti biasa... ALHAMDULILLAH..!!, Doakan admin ya sahabat-sahabat.... !!

Sebelum admin "BERISTIREHAT" agak lama hari tu, admin sempat mengikuti satu program Pelancaran Bilik Gerakan UPU & Jentera Pilihanraya PRU13 yang berlansung pada malam 31 Mac 2012 selepas Solat Isyak. Bertempat di perkarangan rumah Tn Hj Rahman, Permatang Rambai, Penaga. Ingat lagi tak, disinilah tempat Adam Adli & Aiman Athirah Aljundi berceramah sambil diganggu oleh "Samseng" tempohari..!!! 

Jika dulu, mereka adalah Penceramah Pertama menembusi kawasan KUBU kuat Umno diPtg Rambai ini, dari tahun 60an lagi tak pernah berjaya buat program disini...!! Kini berlaku lagi satu "Yang Pertama", kerana ini adalah UPU Pertama berjaya dibuka secara rasmi dalam Kawasan KADUN Bertam untuk PRU13. Tahniah buat semua yang terlibat....!!

Admin belum cukup sedia nak berceloteh panjang, jadi layan gambar sebagai jamuan MATA anda..... kikiki!!! 

 Selamat datang PRU13.. kami SEDIA...!!

 antara yang berani hadir... !!
 dalam 2 minggu sebelum ini, ceramah Dato' Mahfuz Omar
terpaksa dipindahkan dari sini ke Kg Baru... !!
Angkara Siapa ..?? Samseng lagi...??

 Orang Lama, Cikgu Azmi@Pazil (kopiah dan baju kurung putih)
mewakil Ust Rosidi yang sedang berceramah ditempat lain..!!
Gelanggang Baru bermula...!!

 Ceramah,.. ceramah juga, Makan kena TEPAT...kikiki!!

 Kanan sekali : Ketua Pemuda PAS Kepala Batas.. !!

 kanan : sdr Asrol Sani, Penyelaras KADUN Bertam 
bersama HERO Lama, 
Pak Hashim, Big Boss Padang Benggali ..!!

 Ahli Veteran PAS, sila ambil SAF cepat, beraturlah sikit Bang, 
masa ambil 'RM500' bukan main lagi, sanggup beratur panjang..!!

 Pengundi dari kalangan DAP...!!

 Hj Johari. ...Orang Kuat kepada Pernyelaras KADUN Bertam.

 Tinggal pinggan polistrin aje ??.... jamuan dah Selesai... ...

 Selamat melancarkan UPU baru .... !!

 Nyam-Nyam, Nyam.. ayam panggang...

 "Cheef-cheef" sedang bertugas...

 Pengerusi JKKK Ptg Sintuk, rajin kamu ye Man...

 Dapat maklumat, Pak Rahman sediakan 30 ekor Ayam, 
tujuan untuk menjamu siapa yang datang... 

 Tak sempat balik, PATI kut....kikiki.. ..!...!..

 Penerangan melalui peralatan canggih "Audio", tepat dan ringkas

 Saling bantu Membantu...

Berikut antara Gambar-Gambar pada malam Pelancaran UPU Ptg Rambai......!!!!






 Azman and The Geng...kikiki.... 


Semuga tuan/puan, adik/kakak dan semua pembaca budiman, terubat sedikit dalam merindui POST Terbaru admin kebelakangan ini... !!


**Dari Surah Al-An'aam : ayat ke 116 yang bermaksud : "Dan jika engkau menuruti kebanyakan orang yang ada dimuka bumi, nescaya mereka akan menyesatkan mu dari jalan ALLAH; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta".


wallahhualam... terima kasih.... As'salam....

Berita Menarik Penaga Daily